suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Terkaya Australia Beli Syarikat Media

SYDNEY: Wanita terkaya Australia Gina Rinehart pada Rabu telah membeli kepentingan dalam kumpulan media Fairfax bernilai Aus$200 juta.

Usahawan perlombongan itu yang bertaraf billionaire kini sudah pun mempunyai kepentingan sebanyak empat peratus dalam Kumpulan Fairfax dan dikatakan sedang membeli saham syarikat itu di pasaran terbuka untuk mencapai sasaran sehingga 9.9 peratus.

Jika berjaya, Rinehart bakal menjadi pemegang saham terbesar syarikat itu dan boleh menuntut tempat dalam lembaga pengarah.

Kumpulan Fairfax menerbitkan akhbar The Sydney Morning Herald dan akhbar Melbourne, The Age serta memiliki rangkaian stesen televisyen serta media digital.

Undang-undang pemilikan saham media di Australia, tidak membenarkan sesiapapun memegang kepentingan melebihi 15 peratus.

Rinehart mewarisi kekayaannya menerusi firma perlombongan ayahnya pada tahun 1992.

Kekayaannya dianggarkan melebihi Aus$10.3 bilion pada 2011.

Fairfax adalah kumpulan media kedua terbesar Australia selepas News Limited milik Rupert Murdoch.

Ia pada asalnya adalah milik keluarga Fairfax tetapi keluarga ini telah menjual segala kepentingan mereka sebanyak 9.7 peratus pada harga Aus$193 juta tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain