suria

Lelaki Upah Penari Bogel Pada Majlis Kahwin Ditahan

BEIJING: Seorang lelaki yang mengupah dua penari bogel untuk melakukan persembahan pada majlis perkahwinan anaknya mendapat kecaman daripada penduduk kampung, lapor sebuah akhbar pada Rabu.

Menurut Global Times, Zhang Cheng, dari Xuzhou di wilayah timur Jiangsu di sini pada awalnya bercadang untuk mengupah sebuah band bagi membuat persembahan pada majlis itu namun dia dinasihatkan untuk mendapatkan penghibur yang menampilkan ‘aksi istimewa’.

“Selepas menonton persembahan itu, Zhang melihatnya bersesuaian untuk diadakan pada majlis perkahwinan anaknya dan meminta dua penari bogel untuk beraksi pada majlis itu.

“Namun beratus-ratus penduduk kampung di kalangan masyarakat konservatif mengerumuni majlis itu bagi membuat reaksi sejurus lima minit persembahan berlangsung,” katanya lagi.

Akhbar tersebut melaporkan Zhang ditahan pada keesokan hari meskipun tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain