suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Kesal Dengan Kematian Pengawal Pantai Korea Selatan

BEIJING: Kerajaan China pada Selasa, melahirkan rasa kesal terhadap kematian seorang pengawal pantai Korea Selatan yang dikatakan akibat ditikam kapten kapal negara itu yang cuba melarikan diri daripada ditangkap kerana menangkap ikan secara haram.

“Kerajaan China kesal dengan kejadian yang menyebabkan kematian pegawal pantai Korea Selatan dalam kejadian malang tersebut,” kata Menteri Luarnya, Liu Weimin kepada pemberita.

Kejadian yang berlaku pada Isnin selepas pegawal pantai tersebut menahan sebuah kapal milik China yang memasuki perairan negara di Laut Kuning telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara China dan Korea Selatan.

Kapten berusia 42 tahun itu telah ditahan bersama-sama lapan lagi krew kapal tersebut.

“Kapten tersebut menafikan dia telah menikam pegawal pantai. Tetapi kami mempunyai bukti kukuh termasuk kesan darah pada bajunya...jadi kami tidak mempunyai banyak masalah untuk mendakwanya,” kata jurucakap pegawal pantai.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak juga telah mengeluarkan arahan supaya tindakan tegas terhadap kapal dari China yang melakukan kesalahan menangkap ikan secara haram.

Jurucakap Kementerian Luar China pula berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengharamkan kegiatan menangkap ikan di perairan sempadan, tetapi turut mendesak Korea Selatan untuk ‘melindungi sepenuhnya hak dan kepentingan nelayan’ negaranya. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain