suria

Pegawal Pantai Maut Ditikam Anak Kapal China

SEOUL: Seorang pegawai pengawal pantai maut manakala seorang lagi cedera akibat ditikam oleh dua anak kapal warga China selepas disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Korea Selatan.

Insiden itu berlaku di Laut Kuning tetapi punca sebenar pergelutan tersebut masih belum dapat dipastikan.

Pegawai pengawal pantai berkata, kedua-dua anak kapal tersebut terlibat melakukan serangan itu.

Kedua-dua pegawai yang ditikam itu dikejarkan ke hospital di Incheon.

Agensi media tempatan melaporkan, salah seorang pegawai itu ditikam di bahagian rusuk manakala seorang lagi di perut.

Namun, tiada komen lanjut diterima daripada Kementerian Luar China di Beijing untuk mengesahkan kejadian itu.

Berdasarkan laporan kedua-dua pegawai pantai itu, mereka berjaya menahan kira-kira 430 kapal dari China yang menceroboh masuk ke perairan Laut Kuning setakat ini.

Kadar pencerobohan ke perairan negara itu pada tahun ini meningkat berbanding 370 kes tahun lalu.

Kebiasaannya, pengawal pantai akan membebaskan semula kapal-kapal tersebut selepas kompaun dijelaskan tetapi keganasan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Artikel Lain