suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Perdana Menteri Thailand Disoal Siasat

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hadir di balai polis semalam untuk disoal siasat berhubung tindakan kekerasan tentera ke atas penunjuk perasaan Baju Merah di Bangkok pada tahun lalu.

Abhisit yang kini merupakan pemimpin pembangkang kelihatan tersenyum tetapi tidak memberi sebarang komen kepada wartawan ketika beliau tiba di ibu pejabat Polis Metropolitan Bangkok.

Kira-kira berpuluh-puluh penunjuk perasaan berhimpun di luar balai itu sambil memegang sepanduk yang tertulis perkataan 'Pembunuh' dan 'Sesiapa yang mengarahkan pembunuhan perlu berdepan dengan karma'.

Lebih 90 orang, kebanyakannya penduduk awam, terbunuh dan hampir 1,900 lagi cedera ketika protes besar-besaran Baju Merah pada April dan Mei tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain