suria

Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Disoal Siasat

BANGKOK: Polis Thailand pada Khamis menyoal siasat bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berhubung tindakan keras pihak tentera terhadap demonstrasi besar-besaran di sini tahun lalu sehingga menyebabkan berlakunya kematian penunjuk perasaan.

Thaugsuban yang merupakan ketua keselamatan negara pada masa itu, berkata, dia bertindak mengikut undang-undang ketika menangani demonstrasi terbabit.

"Semua pegawai mengikut arahan berdasarkan undang-undang," katanya ketika ditemui selepas sesi soal siasat di ibu pejabat Metropolitan Police.

Lebih 90 penunjuk perasaan, kebanyakannya orang awam, terbunuh manakala hampir 1,900 cedera semasa demonstrasi yang diadakan pada bulan April dan Mei, disertai kira-kira 100,000 penyokong kumpulan Baju Merah.

Artikel Lain