suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Batal Pengusiran Wanita Kahwin Sesama Jenis

NEW YORK: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membatalkan perintah pengusiran seorang wanita Argentina yang berkahwin dengan wanita rakyat negara tersebut.

Langkah itu dilihat sebagai peningkatan dalam layanan yang diterima oleh golongan terbabit.

Monica Alcota sepatutnya dijadualkan dibawa ke Mahkamah Imigresen pada Selasa, bagaimanapun peguamnya Lavi Soloway berkata, Hakim telah menandatangani perintah untuk menggugurkan kes tersebut pada 30 November lalu atas alasan ‘sebab yang baik telah diwujudkan’.

Alcota berkahwin dengan wanita AS, Cristina Ojeda.

Dia ditahan dalam satu pemeriksaan rambang terhadap bas yang dilakukan di sempadan negara tersebut.

Sejak Akta Perkahwinan yang menyatakan ikatan perkahwinan adalah di antara seorang lelaki dan wanita dikuatkuasakan pada tahun 1996, pihak Imigresen AS didakwa sering menolak permohonan golongan tersebut untuk mendapatkan kad hijau.

Pihak peguam menganggarkan terdapat 26,000 pasangan sejenis yang pasangannya merupakan warganegara AS. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain