suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Sedia Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Thailand

SINGAPURA: Singapura mahu memperkukuh hubungan politik, ekonomi dan budaya dengan Thailand, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"Kami juga perlu mengukuhkan kerjasama serantau dalam Asean, dan bekerja bersama-sama ke arah matlamat merealisasikan Komuniti Asean menjelang 2015 dan Asia Tenggara yang aman, makmur dan bersepadu," katanya dalam ucapan jamuan malam sempena lawatan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di Istana, malam tadi.

Lee berkaya hubungan antara kedua-dua negara bermula pada abad ke-19 semasa Raja Chulalongkorn pertama kali melawat Singapura pada 1871, dan beberapa lagi lawatan sepanjang pemerintahan baginda.

Lawatan ke Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain bagi mengukuhkan hubungan dengan jiran Thailand mencerminkan pandangan jauh dan kebijaksanaan baginda.

"Sejak itu, hubungan persahabatan kami semakin mendalam dan kukuh, disokong oleh minat bersama dan kekerapan interaksi.

"Hari ini, hubungan ekonomi kami pesat dan memberi manfaat bersama. Perhubungan pertahanan juga sudah lama, menerusi latihan bersama dan bertukar-tukar lawatan pegawai kanan. Interaksi sesama rakyat juga meluas.

"Singapura dan Thailand adalah rakan lama yang rapat. Lawatan Perdana Menteri mencerminkan hubungan baik dan pershabatan yang mesra antara kedua-dua negara," kata Lee dan menambah, beliau yakin hubungan itu akan terus bermakna dan memberikan manfaat bersama.

Lawatan itu adalah yang pertama bagi Yingluck Shinawatra ke Singapura sejak mengambil alih jawatan pada 5 Ogos lepas.

Lee berkata Singapura juga sudah bersedia untuk menganjurkan mesyuarat program pertukaran perkhidmatan awam Singapura-Malaysia tahun depan. - BERNAMA

Artikel Lain