suria

Republik Congo Dalam Kekacauan Selepas Dua Calon Isytihar Diri Presiden Yang Sah

KINSHASA: Republik Congo berada dalam kacau bilau politik selepas pemimpin pembangkang, Etienne Tshisekedi pada Jumaat mengisytiharkan dirinya sebagai presiden yang sah dan menolak kemenangan penyandang jawatan Joseph Kabila.

Suruhanjaya Pilihanraya sebelum ini telah mengumumkan Kabila sebagai pemenang yang sah dalam pilihan raya negara itu yang baru sahaja selesai 28 November lalu.

Kabila, yang menjadi presiden Congo sejak 2001, diumumkan memperolehi 49 peratus undi manakala Tshisekedi diumumkan menerima 32.3 peratus.

Pengumuman itu dibuat secara rasmi pada Jumaat.

Ini adalah pilihan raya demokratik yang kedua dalam sejarah moden Congo selepas negara itu menyaksikan perang saudara dari tahun 1996 hingga 2003.

Tshisekedi sebelum ini mengancam akan mencetuskan huru-hara sekiranya keputusan undi diumumkan sebaliknya.

Mahkamah Agung Congo mempunyai tempoh sehingga 17 Disember untuk mendengar sebarang pertikaian mengenai keputusan pilihan raya presiden itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain