ISU peletakan jawatan dalam kalangan pekerja boleh menimbulkan kekeliruan khususnya melibatkan kaedah pelaksanaan selepas notis dihantar kepada majikan.Dalam konteks pengurusan sumber manusia di Malaysia, masih ramai kurang jelas tentang hak mereka apabila ingin menamatkan perkhidmatan terutama apabila melibatkan bayaran ganti oleh majikan baru atau buyout. Isu ini turut dibangkitkan oleh seorang individu di laman sosial berhubung situasi dihadapinya apabila berhasrat meletakkan jawatan dengan notis sebulan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kerja.Bagaimanapun dia hanya ingin terus berkhidmat selama dua minggu manakala bakinya akan dibayar oleh syarikat baharu secara terus kepada majikan semasa.Dalam masa sama, timbul persoalan sama ada majikan boleh menolak notis dan buyout yang ditawarkan oleh majikan baharu individu tersebut.Menjawab perkara itu, seorang individu berpengalaman dalam bidang Human Resource Management (HRM) tampil menjelaskan perkara tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang buruh di Malaysia.Mencari pekerjaan baharu bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan AIMenurutnya, secara amnya majikan tidak boleh menolak permohonan peletakan jawatan selagi pekerja mematuhi syarat ditetapkan dalam kontrak pekerjaan, khususnya berkaitan tempoh notis.Berdasarkan Akta Kerja 1955:1. Seksyen 12(2) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak, sama ada majikan atau pekerja, boleh menamatkan kontrak pekerjaan dengan memberikan notis bertulis seperti yang dinyatakan dalam kontrak.2. Sekiranya kontrak tidak menyatakan tempoh notis, maka tempoh standard adalah:a) Empat minggu bagi tempoh perkhidmatan kurang daripada dua tahunb) Enam minggu bagi tempoh dua hingga lima tahunc) Lapan minggu bagi tempoh melebihi lima tahun3. Selain itu, pekerja juga dibenarkan untuk membayar gaji sebagai ganti notis atau payment in lieu of notice, selaras dengan peruntukan undang-undang.Kesimpulannya, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk terus berkhidmat selepas notis yang sah diberikan.Penolakan hanya boleh berlaku sekiranya pekerja gagal mematuhi syarat kontrak, seperti tidak memberikan notis mencukupi atau meninggalkan pekerjaan tanpa kebenaran.Namun, jika majikan enggan melepaskan pekerja tanpa alasan munasabah walaupun syarat telah dipenuhi, tindakan tersebut boleh dipersoalkan dari sudut undang-undang.