Berkhalwat adalah haram dalam Islam kerana dikhuatiri membawa kepada perbuatan yang dilarang. -Gambar hiasan
SEORANG lelaki berstatus suami orang dan pasangannya yang merupakan ibu tunggal dicekup selepas disyaki berkhalwat dalam satu serbuan yang dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).Menurut JAINJ, pihaknya menerima satu aduan awam berhubung pasangan berkenaan disyaki berkhalwat di sebuah pangsapuri di Johor Bahru sebelum melakukan serbuan pada awal pagi. Pasukan penguat kuasa tiba di rumah berkenaan kira-kira pukul 3 pagi dan menemui petunjuk awal berdasarkan maklumat risikan, termasuk kehadiran dua buah kenderaan di lokasi berkenaan."Penguat kuasa ketuk pintu rumah dan dibuka tak sampai lima minit oleh seorang remaja belasan tahun. "Ketika ditanya siapa lagi yang berada di dalam rumah berkenaan, remaja tersebut menjawab ibunya sedang tidur di bilik utama," menurut kenyataan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tunang ditangkap khalwat di rumah, ambil kesempatan berasmara ketika ibu balik kampungPenguat kuasa kemudian mengetuk pintu bilik utama sebelum dibuka oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada remaja berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki dewasa berada di dalam bilik dalam keadaan mencurigakan."Keadaan bilik yang berselerak serta situasi kedua-dua individu yang mencurigakan, dengan lelaki terbaring dalam selimut. Wanita pula berbaju tidur separas peha dan tidak berpakaian dalam," menurutnya.Siasatan lanjut mendapati lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri, sebaliknya rakan sekerja. "Lelaki itu berusia hujung 30-an, sudah ada isteri dan anak, bekerja di sebuah syarikat dengan pendapatan yang agak tinggi. "Wanita itu juga berusia hujung 30-an, berstatus janda ada anak dan satu tempat kerja dengan si lelaki," ujarnya. Pasangan terbabit mengaku mempunyai hubungan rapat dan telah lama menjalinkan hubungan tersebut secara rahsia.Lelaki terbabit memaklumkan hasrat untuk memperisterikan wanita berkenaan dan mendakwa telah menyatakan perkara itu kepada isterinya.Kedua-duanya kemudian ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat.