suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahana jadi penjamin, lelaki dikurung 3 hari gara-gara hutang judi rakan RM100,000

Mengurung seseorang adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga China berdepan detik cemas apabila dikurung selama beberapa hari di sebuah unit apartmen di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa berusia 36 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan dalam satu serbuan di apartmen berkenaan pada Jumaat lalu.

Menurut Mohd Rosdi, siasatan awal mendapati mangsa dikurung di apartmen berkenaan selepas dijadikan ‘penjamin’ kepada seorang rakan yang mempunyai hutang judi sebanyak RM100,000.

"Selepas rakan tersebut melarikan diri, mangsa ditahan oleh suspek selama tiga hari sebagai tekanan bagi melangsaikan hutang berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Rosdi, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an di lokasi kejadian.

"Kedua-dua suspek direman selama tiga hari manakala serangkai kunci rumah, kad akses serta dua buah telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Usaha mengesan suspek utama yang masih bebas sedang giat dijalankan," jelasnya.

Tambah Mohd Rosdi, kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah. -The Star

Artikel Lain