Tangkap layar (screenshot) memaparkan bungkusan kanvas yang merupakan mayat seorang lelaki di Pulau Angsa.
PENEMUAN bungkusan kanvas putih yang terdampar di kawasan tebing berbatu di Pulau Angsa, Jeram, pada Ahad, merupakan mayat seorang lelaki yang sudah reput.Mangsa yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila dibalut dengan kanvas serta diikat menggunakan tali, sebelum terdampar di kawasan berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, penemuan mayat itu disedari sekitar pukul 4.50 petang selepas polis menerima panggilan daripada orang awam.Menurutnya, sekumpulan individu yang sedang memancing menghidu bau busuk sebelum menemui satu bungkusan mencurigakan yang diikat dengan tali di kawasan tebing tersebut.Menurut beliau, hasil pemeriksaan forensik mendapati bungkusan itu mengandungi mayat manusia yang telah mereput, dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu.Mayat tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk proses bedah siasat."Bedah siasat yang dijalankan pada pukul 9 pagi Isnin mendapati punca kematian adalah akibat lemas selepas mangsa dijerut di bahagian leher."Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan Isnin malam.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Khairol Hiysham Shamsuddin di talian 03-3289 1222.