suria

‘Teruja’ lihat tawaran pakej seks di media sosial, jurutera rugi hampir RM30,000 selepas buat enam transaksi

Segelintir lelaki sanggup membazirkan wang demi memuaskan nafsu serakah mereka. -Gambar hiasan AI

ANGKARA nafsu, seorang jurutera terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM27,850 selepas tertipu dengan pakej khidmat seks yang ditawarkan menerusi TikTok.

Jurutera berusia 28 tahun itu pada awalnya melihat tawaran pakej berkenaan ketika melayari TikTok di kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dia kemudiannya menekan pautan yang dipaparkan sebelum ia disambung ke nombor WhatsApp.

Mangsa membuat 22 transaksi wang ke enam akaun berbeza selepas berminat dengan pakej yang ditawarkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook, mangsa membuat laporan polis pada Sabtu selepas curiga dengan transaksi yang dilakukannya.

"Selepas membuat semua bayaran, mangsa dikehendaki membuat bayaran tambahan namun berasa curiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Silap besar pakcik tua mengadu telefon keluar banyak iklan! Wanita urut dada periksa 'history', layankan saja alasan diberi

"Setiap pembatalan tempahan mangsa akan dikenakan caj malah sekiranya dia enggan mengikut arahan, akan ditularkan di media sosial menyebabkan dia membuat 22 transaksi.

"Akibat kejadian itu mangsa kerugian RM27,580 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menasihat orang ramai agar mengelakkan sebarang urusan dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

"Orang ramai juga diminta berhati-hati kerana ada beberapa kes menggunakan modus operandi sama dan jangan sesekali berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan khidmat seks," ujarnya.

Tambahnya lagi, individu yang melanggan khidmat seks juga merupakan satu perbuatan yang melanggar undang-undang mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Artikel Lain