suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hina Raja Thailand, Rakyat AS Dipenjara

BANGKOK: Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan ke atas warganegara Amerika Syarikat (AS) kerana menghina Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Tertuduh yang juga kelahiran Thailand, Joe Wichai Commart Gordon, tampil ke mahkamah dalam keadaan bergari, ketika pertuduhan dibacakan.

Mahkamah Jenayah Thailand menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagaimanapun ia dikurangkan kepada 2 tahun enam bulan selepas tertuduh mengaku bersalah.

Beberapa tahun lalu, Gordon menyiarkan biografi Raja Bhumibol Adulyadej yang diharamkan dan dialih bahasa kepada bahasa Thailand ketika menetap di Colorado.

Bagaimanapun kes tersebut menimbulkan persoalan mengenai keputusan Thailand untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas rakyat asing.

"Saya rakyat Amerika dan kejadian itu berlaku di sini," katanya.

Artikel Lain