suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATF Terus Jadi Platform Pemasaran Penting Untuk Pengendali Media

SINGAPURA: Forum Televisyen Asia (ATF) menyediakan platform perniagaan yang penting di Asia untuk para pembeli dan penjual dalam industri televisyen, filem dan media digital untuk berangkaian dan meninjau peluang-peluang kerjasama serta menjalankan perniagaan.

Dalam menyatakan demikian, Menteri Negara Kanan Maklumat dan Komunikasi dan Kesenian & Persekitaran dan Sumber Air, Grace Fu berkata tahun lepas, ATF memperolehi hampir US$150 juta dolar hasil daripada penjualan program, meningkat 68 peratus daripada 2009.

"Tahun ini, ATF telah menarik 3,500 peserta dari lebih 50 negara termasuk China dan Perancis, jumlah tertinggi forum itu alu-alukan sejak ia ditubuhkan pada 2000.

"Saya yakin ATF 2011 akan terus menjadi pasaran kandungan utama di Asia, menarik pakar media dan membawa masuk kandungan terbaik dunia untuk dipamerkan dan diniagakan," kata beliau dalam ucapan perasmian ATF 2011 yang ke-12.

Acara itu dihoskan oleh MDA - Lembaga Pembangunan Media Singapura. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain