suria

Tentera AS Akur Arahan Pakistan Kosongkan Pangkalan Udara

ISLAMABAD: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mengosongkan sebuah pangkalan tentera udara Pakistan selepas Islamabad mengarahkan mereka berbuat demikian sehingga semalam.

Arahan itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap serangan udara NATO yang mengorbankan 24 askar negara Islam itu.

Seorang pegawai kanan tentera Pakistan berkata, askar Amerika telah mengosongkan pangkalan udara Shamsi yang kemudiannya dikawal oleh pasukan keselamatan negara ini.

Pangkalan udara tersebut yang terletak di barat daya wilayah Baluchistan dipercayai digunakan dalam operasi serangan Drone AS terhadap militan Taliban dan al-Qaeda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain