suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Kebakaran Hospital Kolkata Meningkat

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 70 pesakit dan tiga kakitangan Hospital Kolkata meninggal dunia akibat lemas dalam kebakaran di hospital itu selepas api yang marak menjilat bangunan itu pada Jumaat.

Angka kematian bertambah sejak pagi semasa anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan berdozen-dozen mereka yang terperangkap di hospital pakar swasta AMRI di Dhakuria, di selatan Kolkata.

Kira-kira 160 pesakit dimasukkan ke hospital apabila kebakaran bermula pada kira-kira 3.30 pagi di kawasan bawah tanah dan ramai yang mati kerana tiada laluan keluar yang sesuai dalam bangunan bertingkat itu, demikian dilaporkan saluran televisyen.

Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee menyifatkan insiden buruk itu sebagai "jenayah yang tidak dapat dimaafkan" dan segera membatalkan lesen hospital itu.

Sekurang-kurangnya 40 pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi tidak dapat menyelamatkan diri menyebabkan mereka rentung dalam kebakaran itu.

Kes jenayah terhadap pihak berkuasa hospital difailkan.

Artikel Berikut

Artikel Lain