Persidangan Pengurusan Kekayaan Islam: Pakar Industri Akan Kongsi Kepakaran

SINGAPURA: Pakar-pakar industri dijangka berkongsi pelbagai kemahiran mengenai pengurusan kekayaan Islam di Persidangan Pengurusan Kekayaan Islam 2011 di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Disember ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh penyedia perundingan dan latihan antarabangsa, Alfalah Consulting yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang mengkhusus di dalam bidang kewangan Islam, pengurusan kekayaan, perniagaan dan pengurusan Islam serta pembangunan profesional.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat itu itu berkata persidangan itu akan membolehkan individu, para pelabur dan perbadanan mempelajari dengan lebih baik mengenai pengurusan kekayaan dan perancangan kewangan Islam dari para pakar industri yang mempunyai kepakaran yang meluas.

Persidangan itu akan menjadi satu platform yang cemerlang bagi mendapatkan pengetahuan, jaringan dan pertukaran pandangan , idea dan tinjauan mengenai industri dan perkhidmatan.

Antara fokus utamanya ialah pengurusan dana Islam, pelaburan Islam, sukuk, pengurusan risiko dan takaful, perancangan kekayaan Islam, percukaian dan perancangan zakat.

Lebih banyak maklumat boleh diperolehi dari www.islamic-wealth-management.net dan www.alfalahconsulting.com. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Syarikat Tembakau Kedua Kecam Larangan Logo

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19