suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Tembakau Kedua Kecam Larangan Logo

CANBERRA: Syarikat tembakau terbesar kedua merujuk kepada Mahkamah Tinggi Australia untuk membantah undang-undang baru yang melarang logo pada kotak rokok kerana tidak mengikut perlembagaan.

Imperial Tobacco Australia Ltd. pada Selasa memfailkan rayuan di mahkamah tertinggi negara itu.

British American Tobacco Australia Ltd. pada minggu lalu turut mengambil tindakan sama ke atas undang-undang yang melarang warna dan rekaan menonjol pada kotak dan mengubahnya kepada bungkusan berwarna hijau-perang mulai Disember 2012.

Imperial Tobacco membantah undang-udang itu yang dikatakan melanggar perlembagaan Australia kerana ia menjejaskan harta intelek pada terma tidak adil.

Australia pada bulan lalu menjadi negara pertama yang meluluskan undang-undang pembungkusan tegas bagi mengelak sebarang unsur glamor berkaitan merokok. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain