Tiga Anggota Keluarga Miliki Dua Alat Kelamin - Dunia | mStar

Tiga Anggota Keluarga Miliki Dua Alat Kelamin

JAKARTA: Keadaan 'aneh' dilaporkan dialami tiga anggota sebuah keluarga dari daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.

Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudahpun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan 'keadaan tidak jelas' mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.

Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.

Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.

Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.

Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.

Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak 'sempurna' namun suara seperti lelaki dan payudaranya pula tidak kelihatan.

Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula 'tertutup' manakala alat kelamin lelakinya juga 'tidak sempurna'.

Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Serangan Bom Iraq Bunuh 28 Orang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain