suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ejen dedah ‘sepak terajang’ dunia insurans... Merana dapat pencarum acah-acah kaya - “Tak paksa pun ambil polisi mahal”

Ejen insurans berdepan risiko besar sekiranya pencarum gagal melunaskan bayaran bulanan. -Gambar hiasan AI

RAMAI mula yang sedar insurans kesihatan merupakan perlindungan penting untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.

Ia berfungsi sebagai benteng kewangan tatkala ditimpa musibah serta mengelakkan bebanan kos perubatan yang kian meningkat.

Namun, lain pula cabaran yang perlu dihadapi oleh ejen insurans atau takaful apabila mereka terpaksa menanggung kerugian besar akibat sikap segelintir pencarum yang culas membayar caruman bulanan.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, seorang ejen yang menggunakan akaun Zaisoon78 meluahkan rasa kecewa apabila kadar pengekalan pelanggan atau Persistency Rate (PR) miliknya secara tiba-tiba menjunam di bawah 60 peratus.

Menurutnya, kemerosotan itu berpunca daripada tindakan sebuah keluarga yang gagal melunaskan bayaran bulanan mengikut jadual atas alasan yang tidak munasabah.

"PR saya jatuh bawah 60 peratus disebabkan oleh sebuah keluarga ini. Dia ambil kad perubatan untuk empat orang anak-beranak. 

"Masa tu konon boleh bayar hampir RM900 sebulan, bisnes okay. Dia siap rancang nak buka kedai makan tapi sampai sekarang pun rasanya kedai tu tak buka-buka lagi.

"Apabila saya tanya tentang bayaran, mesti dia kata nak set up kedai dulu. Apa kena-mengena nak buka kedai makan dengan bayar polisi, kalau tak boleh commit jangan mohon, menyusahkan je," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak arwah call menangis minta ihsan” - Ejen insurans tak mampu tolong buat ‘claim’ kes kemalangan langgar undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ‘ghaib’ lepas guna kad perubatan... Polisi ‘lapse’ sebab culas bayar, ejen terpaksa tanggung rekod buruk

Menjengah ke ruangan komen, ramai ejen lain turut berkongsi nasib sama apabila terpaksa berdepan perangai pencarum yang suka culas.

Lebih menyedihkan, ada ejen yang sanggup mengeluarkan duit poket sendiri demi menyelamatkan kadar pemarkahan prestasi mereka.

"Saya pernah spend RM3,000 untuk repair PR tahun 2021 sebab nak sustain dan jaga klien lain. Tapi penyudahnya kita juga yang banyak makan hati.

"Kita senasib, tapi saya jatuh bawah 70 peratus. Masalahnya klien saya tu berlagak tau, dia cakap semua boleh bayar ada pendapatan RM50,000 sebulan. Tapi sekarang dia kata bisnes merudum... kita tak paksa pun tau ambil yang mahal.

"Saya juga pernah kena, bulanan RM1,000 tapi klien bayar tiga kali je, masa fact finding cakap okay kerja juruterbang income RM20,000... sudahnya dia cakap terpaksa downgrade komitmen," demikian antara luahan warga maya dalam kalangan ejen insurans.

Sekadar maklumat, Persistency Ratio (PR) merupakan penanda aras yang menunjukkan sejauh mana pelanggan kekal meneruskan polisi insurans mereka. 

Bagi seseorang ejen, peratusan PR yang tinggi mencerminkan kadar pengekalan pelanggan yang baik, manakala angka rendah pula menunjukkan ramai pencarum menghentikan polisi.

Ia juga biasanya menjadi salah satu ukuran prestasi ejen dan boleh mempengaruhi pendapatan atau kelayakan insentif mereka, bergantung kepada terma dan syarat syarikat insurans berkaitan.

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia