suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu tunggu kaya nak bagi anak RM1 juta! Ini ‘master plan’ simpanan untuk bayi hingga capai umur dewasa

Strategi simpanan untuk anak-anak boleh dirancang secara berperingkat mengikut umur bermula dari bayi. -Gambar hiasan AI

KESEDARAN mengenai literasi kewangan dalam kalangan ibu bapa muda semakin meningkat.

Topik simpanan untuk anak-anak kini antara yang paling hangat dibincangkan, terutama apabila ibu bapa mula buntu memilih instrumen terbaik yang bukan sahaja memberi pulangan, malah menjamin perlindungan.

Dilema ini turut dirasai seorang pengguna Threads, nrdanisha, yang berkongsi rasa bingung untuk menentukan akaun mana yang patut didahulukan untuk bayinya yang baru lahir.

"Dilema nak buka akaun mana satu dulu untuk simpan duit baby. SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional), ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau Tabung Haji?" tulisnya yang turut mengadu kekangan bajet jika mahu menyimpan di kesemua tempat sekali gus.

Tampil memberi pandangan, seorang lagi pengguna Threads, diari_jutawan menyarankan agar ibu bapa tidak terlalu risau kerana simpanan sebenarnya boleh disusun berdasarkan keutamaan dan dilakukan secara berperingkat mengikut umur anak.

Strategi tersebut jelasnya boleh dirancang secara berperingkat mengikut umur bermula sejak bayi:

1. Mulakan dengan Lembaga Tabung Haji.

Asingkan RM1,300 untuk pendaftaran giliran haji, sebelum diteruskan hingga mencapai RM15,000.

Langkah ini membantu si anak mendapatkan giliran ibadah haji lebih awal.

2. Kemudian teruskan dengan simpanan SSPN sebanyak RM667 sebulan.

Sasarkan simpan RM8,000 setahun. Jadi, apabila anak umur 12 tahun dia dah ada RM100,000.

3. Langkah di atas dijalankan serentak dengan menyimpan RM667 sebulan ke dalam akaun ASB.

Hasil gabungan simpanan dan dividen tahunan, akaun ASB anak bakal mengumpul RM100,000 lagi apabila mencecah umur 12 tahun.

4. Apabila anak melangkah ke usia 14 tahun, daftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan caruman RM2,500 setahun.

Langkah ini akan turut dibantu insentif khas kerajaan berupa caruman tambahan RM500 setahun untuk tempoh lima tahun.

Jika semua langkah di atas dilaksanakan secara konsisten, individu itu berkata, nilai terkumpul pelaburan untuk si anak dijangka mampu melepasi RM1,000,000 sebelum mereka mencecah umur 30 tahun.

Artikel Lain