Individu disarankan untuk membuat sendiri kiraan DSR sebelum menandatangani perjanjian bank. -Gambar hiasan AI
IMPIAN memiliki kediaman pertama merupakan keinginan setiap individu terutama selepas melangkah ke alam pekerjaan dan sudah berkeluarga.Namun masih ramai tersilap langkah ketika membuat pembelian rumah dan menganggap mereka mampu selepas bank meluluskan pinjaman yang dipohon. Sebenarnya, kelulusan pinjaman bukan satu-satunya faktor perlu dilihat sebaliknya beberapa perkara lain perlu diambil kira seperti kos tersembunyi, ansuran bulanan dan perbelanjaan lain seperti hutang kereta.Perkara itu turut dikongsikan pakar pelaburan hartanah Shazwan Noraship yang menjelaskan kelayakan mendapat pinjaman berdasarkan penilaian bank tidak bermaksud ia sesuai dengan kemampuan kewangan sebenar."Gaji RM4,000 boleh ke beli rumah RM400K? Ramai jawab boleh, layak tapi layak tidak bermakna anda patut.Setiap individu berkeluarga pasti memasang impian untuk memiliki kediaman sendiri. -Gambar hiasan AI"Kau dapat gaji RM4,000 sebulan, kau tengok rumah RM400K bank cakap boleh approve, kau excited, tanda SPA dan tiga bulan lepas itu, kau makan maggi sebab semua duit pergi bayar rumah," katanya.Jelasnya, bank mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan kelayakan seseorang, antaranya melalui Debt Service Ratio (DSR) atau nisbah khidmat hutang.Secara asasnya, DSR mengukur berapa besar pendapatan bulanan seseorang yang digunakan untuk membayar komitmen hutang.Formula mudahnya ialah: DSR = (Jumlah komitmen hutang bulanan ÷ pendapatan bulanan) × 100Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai pendapatan RM4,000 dan jumlah komitmen hutang RM2,000 sebulan, DSR ialah 50 peratus.Dalam perkongsian tersebut, Shazwan menjelaskan sesetengah bank mungkin menetapkan had DSR sekitar 60 hingga 70 peratus, bergantung kepada profil peminjam, pendapatan serta polisi institusi kewangan.Ini bermakna individu bergaji RM4,000 secara matematik mungkin mempunyai komitmen hutang sehingga RM2,400 atau RM2,800 jika menggunakan had berkenaan.Namun, angka tersebut bukan bermaksud seseorang wajar menggunakan keseluruhan had diberikan.Bank menilai kemampuan peminjam membayar hutang, tetapi pemilik rumah masih perlu menanggung pelbagai perbelanjaan lain seperti makanan, bil utiliti, pengangkutan, penyelenggaraan rumah dan keperluan keluarga.Sebagai panduan kasar, Shazwan turut berkongsi anggaran harga rumah berdasarkan pendapatan selepas mengambil kira komitmen seperti pinjaman kereta dan PTPTN.Antaranya:- Gaji RM3,500: rumah sekitar RM250,000 hingga RM280,000- Gaji RM4,000: rumah sekitar RM300,000 hingga RM350,000- Gaji RM5,000: rumah sekitar RM380,000 hingga RM420,000- Gaji RM7,000: rumah sekitar RM500,000 hingga RM600,000Namun, angka berkenaan bukan formula rasmi untuk menentukan kemampuan membeli rumah kerana keadaan kewangan setiap individu berbeza.