suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasihan pit bull bakal ‘ditidurkan’, warga emas jadi mangsa kedua terbunuh diserang haiwan sama

Anjing jenis pit bull ini pernah menyerang tuannya yang pertama sehingga maut.

SEORANG wanita warga emas maut diserang anjing baka campuran pit bull peliharaannya, sekali gus menjadi pemilik kedua yang maut akibat serangan haiwan sama.

Dalam kejadian pada Rabu itu, mangsa berusia 70 tahun yang dikenali sebagai Wandee ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah sewa.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan parah akibat gigitan pada bahagian badan termasuk muka, leher dan lengan.

Ketika pihak berkuasa tiba, anjing jantan berusia tujuh tahun bernama Giant itu masih berada di dalam rumah dalam keadaan gelisah menyebabkan anggota tidak dapat masuk dengan segera sehingga bantuan pakar diperoleh untuk mengawalnya.

Menurut saksi, Giant dipercayai berada dalam keadaan kurang sihat dan mudah marah sebelum kejadian.

Wandee dikatakan membuka kandang untuk membersihkan muka anjing itu, manakala seorang pembantu cuba memasang tali pada haiwan berkenaan.

Namun, Giant tiba-tiba menyerang Wandee sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pembantu rumah berkenaan pula sempat melarikan diri daripada serangan yang berlaku di Bangkok, Thailand.

Lebih mengejutkan, Giant mempunyai sejarah serangan maut sebelum ini.

Pada 2021, anjing berkenaan dilaporkan pernah menyerang pemilik lamanya, seorang lelaki berusia 56 tahun di Bang Lamung, Chon Buri sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Selepas kejadian itu, Wandee dikatakan mengambil keputusan untuk memelihara Giant kerana berasa kasihan selepas mengetahui anjing terbabit berdepan kemungkinan untuk ditidurkan.

Malah, mangsa dilaporkan menyewa sebuah rumah khusus untuk menempatkan anjing berkenaan sebelum tragedi kedua berlaku.

Selepas kejadian terbaharu, pihak berkaitan mengambil tindakan mengawal dan memindahkan Giant untuk ditempatkan di bawah jagaan yang lebih selamat.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai kerana melibatkan anjing sama yang didakwa sudah menyebabkan kematian dua pemilik berbeza dalam tempoh lima tahun. -Agensi

 

Artikel Lain