suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat pemaju pemurah beri ‘cashback’ puluhan ribu masa beli rumah? Hakikatnya anda sedang tanggung hutang ekstra bertahun-tahun!

Tawaran pulangan tunai boleh mengundang risiko kerugian buat pemilik kediaman baharu. -Gambar hiasan AI

SETIAP pembeli rumah pasti tertarik apabila ditawarkan wang pulangan tunai (cashback) mencecah puluhan ribu ringgit daripada pihak pemaju.

Mata mula dibayangi set sofa empuk baharu, kabinet dapur idaman, atau terus merancang pengubahsuaian rumah secara besar-besaran.

Maklumlah, siapa yang tidak rambu mata dengan ganjaran setebal itu?

Namun di sebalik keseronokan itu, ramai yang tidak sedar bahawa 'duit terpijak' ini boleh menjadi punca kerugian besar jika tidak diurus dengan bijak.

Perunding perumahan Hishamuddin Md Ali menjelaskan, wang pulangan tunai sebenarnya sudah diserap ke dalam jumlah pinjaman rumah yang perlu dibayar semula bersama faedah bank.

"Dapat RM20,000, RM30,000 terus rasa nak tukar perabot rumah atau buat full spec renovation. 

"Tapi sedar tak, sebenarnya anda tengah bayar interest tambahan untuk tempoh 30 tahun akan datang," ujarnya.

Bagi elak wang itu 'hangus' begitu sahaja, Hishamuddin menyenaraikan lima langkah bijak yang boleh dilakukan sebaik sahaja menerima pulangan tunai:

1. Simpanan kecemasan

Wang pulangan tunai sebaiknya disimpan dalam  tabung kecemasan untuk digunakan pada waktu getir seperti urusan membaiki kereta rosak, hilang pekerjaan ataupun kos rawatan hospital.

2. Langsai hutang 

Kelebihan pulangan tunai boleh menjadi penyelesaian kepada segala hutang dengan faedah tinggi khususnya pinjaman kad kredit.

3. Pelaburan tinggi dividen

Pelaburan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau unit amanah dalam jumlah tinggi boleh memberi pulangan berganda dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.

4. Kos baiki rumah

Ramai terlepas pandang kos baik pulih kediaman ekoran kerosakan biasa berlaku seperti paip pecah, cat pudar ataupun bumbung bocor yang boleh menelan kos mencecah ribuan ringgit.

5. Ansuran bulanan

Gunakan wang pulangan tunai ini untuk membayar siap-siap ansuran bulanan rumah bagi tempoh enam hingga 12 bulan ke hadapan.

Langkah ini dapat meredakan tekanan komitmen bulanan anda, terutamanya di fasa awal berpindah.

Artikel Lain