Kesemua syarikat pusat data pada masa ini menanggung sepenuhnya bil elektrik operasi mereka mengikut kadar tarif komersial. -Gambar hiasan AI
SEJAK beberapa minggu lalu, isu kenaikan bil elektrik kembali menjadi panas selepas ramai pengguna didakwa merasai peningkatan mendadak sehingga membebankan perbelanjaan komitmen mereka.Situasi itu seterusnya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat berhubung punca sebenar menyumbang kepada fenomena berkenaan. Dalam perbincangan tersebut, antara isu didakwa menjadi punca tentunya mengenai kepesatan pembangunan dan operasi pusat data di dalam negara.Kaitan terbabit bukanlah tidak berasas. Ini kerana Suruhanjaya Tenaga (ST) sendiri pada minggu lalu mengumumkan bahawa Pusat Data kini dilapor sudah menggunakan sebanyak 9.28 peratus daripada keseluruhan penggunaan elektrik negara.Bagaimanapun, Penganalisis Industri Tenaga, Abdullah Zubair menjelaskan meskipun kadar penggunaan itu disifatkan agak tinggi, ia sebenarnya langsung tidak mempunyai kaitan secara langsung terhadap bil elektrik dikenakan terhadap rakyat atau pengguna domestik."Hampir 1/10 penjanaan tenaga mengalir ke Data Center. Ramai yang bila dengar berita lni kata: 'Patutlah bil elektrik rumah aku mahal, rupa-rupanya kena tanggung data center ni!'."Bil rumah rakyat naik bukan sebab kena 'tampung atau bayar' subsubsidi elektrik Data Center," tulisnya di Threads.Menurut Abdullah, kesemua syarikat pusat data pada masa ini menanggung sepenuhnya bil elektrik operasi mereka mengikut kadar tarif komersial.Jelasnya, pusat data juga dikenakan caj berdasarkan penggunaan kilowatt perjam (kWj) dengan kadar caj tenaga, kapasiti dan rangkaian yang jauh lebih mahal berbanding pengguna domestik."Syarikat gergasi seperti Google, Microsoft, atau Nvidia tidak menerima subsidi elektrik rakyat dan kita tidak menampung bil mereka," ujarnya lagi.Kenapa rakyat rasai peningkatan bil?Mengulas mengenai trend peningkatan bil elektrik dirasai pengguna di dalam negara sejak akhir-akhir ini, Abdullah berkata, keadaan itu boleh berlaku kerana dua faktor utama yang berlaku serentak."Persepsi salah faham ini berlaku sebab dua benda berlaku serentak. Pertama sebab cuaca dan kesan kenaikan caj Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA)."Bil rumah naik sebab cuaca panas (aircond guna kWj lebih) dan pelarasan kos bahan api pasaran AFA."Kedua sebab sentimen media. Berita kemasukan Data Center kerap keluar di media pada waktu yang sama bil rumah naik."(Walaupun) Data center tiada kaitan langsung dengan pengiraan bil rumah anda," jelasnya.