suria

Muntah darah bau hanyir angkara pokok buluh! Remaja nampak entiti hitam bongkar misteri asap kemenyan

Pelbagai cara dilakukan untuk menebang pokok buloh itu tetapi tidak berjaya.

POKOK buluh yang tumbuh merimbun di hadapan halaman rumah Kak Saodah memang cantik apatah lagi apabila sinar matahari memancarkan cahaya padanya.

Batang buluhnya kelihatan cukup cantik dengan warna hijau menyala manakal daun-daun kekuningan membuatkan pokok itu menjadi penyeri rumah pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak cukup tanah lari malam selepas kelibat hitam muncul depan mata... 5 sekawan pelik 'tuan rumah' asyik hilang setiap kali diganggu

Tetapi yang peliknya Kak Saodah cukup marah jika ada orang mengusik atau mendekati pokok buluh itu apatah lagi ditebang untuk diambil batangnya.

Jiran sebelah Kak Saodah, Kamariah sudah beberapa kali meminta wanita separuh abad itu mencantas pokok itu kerana ia terlalu besar sehingga daunnya banyak gugur di dalam kawasan rumahnya.

Paling penting, rimbunan daun pokok buluh itu turut menghalang penglihatan orang awam yang menggunakan jalan disebabkan daun pokoknya merimbun sehingga ke jalan raya.

553

Kelibat hitam dipercayai makhluk halus menjaga pokok buluh itu.

"Pernah sampai kami bergaduh kerana dia tetap enggan menebang pokok itu yang jelas menggangu dan membahayakan pengguna jalan raya.

"Dia tetap berkeras dan bagi mengelak sebarang pergaduhan lebih besar saya sendiri banyak mengalah dan membiarkan perkara itu begitu sahaja," katanya.

Apa yang lebih pelik, pada setiap malam bau kemenyan cukup kuat menusuk ke hidung dan ada yang pernah terlihat Kak Saodah menyalakan kemenyan untuk 'perasap' pokok tersebut.

Tiada siapa tahu tujuan wanita itu berbuat demikian, hendak ditanya hanya akan menyebabkan mereka mendapat makian percuma.

Pada satu malam kata Kamariah, penduduk di kawasan itu kecoh apabila terdapat seorang remaja yang sedang menangis teresak-esak di bawah pokok buluh itu tanpa sebarang sebab.

Hanya pandangan kosong diberikan remaja itu setiap kali ditanya apa yang berlaku kepadanya dan bagaimana dia boleh berada di bawah pokok tersebut.

Seperti ada sesuatu menarik tangannya sebelum lembaga hitam muncul daripada sebalik daun-daun pokok buluh.

KAMARIAH

"Dalam kekecohan itu, Kak Saodah hanya memandang dari dalam pagarnya sambil tersenyum sinis dan memberitahu dia sudah berpesan jangan mendekati pokok buluh itu.

"Katanya, apa berlaku kepada remaja itu adalah balasan kerana cuba memotong batang buluh meskipun sudah dipesan agar tidak berbuat demikian," katanya.

Ketika penduduk memapah remaja itu ke rumahnya, dia tiba-tiba muntah darah dan berbau hanyir sebelum rebah ke lantai.

Ustaz segera dipanggil membantu memulihkan remaja itu dan apabila dia tersedar, remaja itu mula menceritakan apa yang berlaku kepadanya.

"Dalam ceritanya, dia kata ketika hentakan parang terkena pada batang buluh, seperti ada sesuatu menarik tangannya sebelum lembaga hitam muncul daripada sebalik daun-daun pokok buluh dan seperti ada angin menghembus wajahnya.

buluh16apr_BHfield_image_socialmedia.var_1587011504

Dari kejauhan ia nampak cantik tetapi menyimpan 1001 misteri di sebaliknya.

"Dia cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya kerana 'benda' itu tidak melepaskan tangannya yang membuatkan dia terperangkap di situ.

"Cubaan menjerit minta tolong juga tidak berjaya kerana seolah-olah tiada siapa mendengar suaranya," jelasnya.

Remaja itu turut memberitahu ternampak beberapa orang lalu-lalang di hadapan rumah wanita itu namun apabila dia cuba meminta tolong, tiada siapa mengendahkan.

Sehingga kini, tiada siapa mengetahui apa sebenarnya yang membuatkan pokok buloh itu berpenunggu malah beberapa ustaz yang cuba membersihkan kehadiran makhluk halus tidak berjaya.

Lebih menakutkan, penduduk perlu berhadapan dengan Kak Saodah yang seolah-olah tahu setiap gerak geri mereka yang cuba menebang pokok itu.

"Sehingga sekarang keadaan masih begitu tetapi ia tidak menggangu kami melainkan ada orang yang pergi usik pokok buloh itu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain