suria

Cepat! Ambil langkah keselamatan elak WhatsApp digodam

Beberapa langkah penting untuk elak WhatsApp digodam.

JANGAN pandang remeh tentang keselamatan dan privasi telefon pintar anda.

Isu keselamatan maklumat atau privasi anda digodam bukanlah perkara baharu dan ianya sentiasa berlaku.

Terbaharu, kisah Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos yang mendakwa telefon bimbitnya digodam oleh pihak tertentu. Malah Wall Street Journal juga melaporkan bahawa telefon Lauren Sanchez yang merupakan teman wanita kepada Bezos turut digodam.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka main telefon sebelum tidur? Jaga-jaga ia boleh buat anda kemurungan

Itu antara kes-kes yang melibatkan individu terkenal, dan ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bagi mengelak anda 'diserang' penggodam WhatsApp ini, apa kata beri perhatian kepada enam langkah keselamatan di bawah ini;

1. End-to-end encrytion (E2EE)

E2EE digunakan untuk memastikan segala teks atau mesej yang dihantar kepada individu tertentu (contact) sahaja dapat membacanya. Semua pengguna WhatsApp harus memastikan ruang sembang mereka mempunyai privasi.

Untuk mengesahkan bahawa ruang sembang itu E2EE - buka ruang sembang, tekan contact info di skrin dan tap Encryption untuk menunjukkan kod QR.

Pengguna telefon pintar perlu peka dengan keselamatan privasi sendiri.

2. Jangan tekan pautan yang tidak dikenali atau ragu-ragu

Jangan buka atau tekan mana-mana pautan yang meragukan daripada individu yang tiada dalam senarai anda.

3. Mod privasi

Lebih selamat jika anda berkongsi gambar profil, status atau maklumat lain dengan Contact Only. 

Tetapan tersebut boleh dilakukan di Setting.

4. Log out WhatsApp web

Jangan lupa untuk tutup atau log out paparan WhatsApps yang dibuka di komputer.

Tabiat yang hanya meninggalkan paparan WhatsApp tanpa ditutup mengundang masalah kepada diri sendiri.

5. Kunci paparan WhatsApp

Bagi telefon Android, pilihan untuk mengunci paparan WhatsApp disediakan. Ini bagi memastikan tidak ada orang lain yang boleh membuka ruang sembang anda itu.

6. Two step verification

WhatsApp memperkenalkan Two-step verification sejak dua tahun lalu.

Bahagian ini ditambah bagi memberi keselamatan maksimum kepada akaun WhatsApp anda.

WhatsApp, Godam, tips

Artikel Berkaitan

Artikel Lain