Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini - I-suke | mStar

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini

Pantang ada jualan murah pasti kita akan membuat pembelian walaupun ia bukan keperluan.

KOS sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai daripada kita lebih berjimat dalam berbelanja.

Pada yang sudah terbiasa berbelanja tanpa kawalan, ia mungkin agak sukar dilakukan namun dengan perancangan yang betul tabiat boros itu boleh dihapuskan.

Apa kata ikut tip ini bagi merancang perbelanjaan anda;

ARTIKEL BERKAITAN: Pening cari idea kejutan? Pawagam paling mewah di Malaysia bakal jadi lokasi ‘dating’ istimewa, siap boleh baring!


Buat senarai barang yang ingin dibeli.

1. Senarai barang keperluan

Sebagai permulaan, rancang perbelanjaan anda selain buat senarai barang keperluan yang perlu dibeli sepanjang bulan.

Membuat senarai itu boleh menyelamatkan diri anda daripada berbelanja secara impulsif yang akhirnya membuatkan azam berjimat terkubur.

Bagi barangan dapur dan makanan, biasanya pasar raya akan mengadakan jualan murah pada hari tertentu. Sebaiknya semak terlebih dahulu kerana ia boleh menjimatkan wang anda.

2. Fleksibel

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa dengan jenama tertentu yang lebih mahal, apa kata cari barang sama yang lebih murah harganya.

Atau biasakan diri membancuh sendiri kopi di rumah untuk dibawa ke pejabat berbanding membelinya di kafe.

3. Simpan stok

Apa kata penuhkan peti ais anda dengan makanan dan barang basah untuk sebulan agar anda tidak perlu lagi ke pasar raya sepanjang tempoh itu.

Dengan cara itu, anda ada motivasi untuk memasak sendiri makanan berbanding membeli di luar yang harganya lebih mahal.

4. Tetapkan had

Anda masih boleh berbelanja sebagai ganjaran kepada diri sendiri tetapi letakkan had. Dengan cara itu, anda akan lebih kreatif dan lebih berhemah ketika membuat pembelian sesuatu barang.

5. Manfaatkan 'cashback'

Biasanya kad debit atau kad kredit menawarkan pelbagai cashback yang sangat menguntungkan. Rebut peluang menggunakan tawaran itu bagi menjimatkan wang anda.

Boros , Berbelanja , Tip

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain