Gila aksesori kereta? 5 perkara ini boleh bahayakan nyawa anda ketika memandu - I-suke | mStar

Gila aksesori kereta? 5 perkara ini boleh bahayakan nyawa anda ketika memandu

MEMANDU kereta memerlukan tumpuan kerana sebarang gangguan boleh menyebabkan bahaya termasuk terlibat dalam kemalangan.

Ini termasuklah penggunaan pelbagai aksesori kereta - yang sebenarnya boleh menyumbang kepada hilangnya konsentrasi anda ketika memandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hobi kumpul pinggan mangkuk tak sia-sia... Kalau jual boleh cecah RM40,000!

Ada beberapa aksesori kereta yang sebenarnya tidak sepatutnya dipasang termasuklah;

1. Tombol stereng

Pasti ada di antara kita memasang tombol stereng kerana merasakan ia nampak bergaya tetapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya.

Ini kerana tombol stereng itu biasanya digunakan oleh kenderaan berat seperti forklift.

Berbeza dengan kenderaan biasa, kedua-dua tangan sepatutnya mengawal stereng dengan posisi jam iaitu 9-3 atau 10-2. Posisi ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik.

2. Letak barang di papan pemuka (dashboard)

Papan pemuka atau dashboard sering dijadikan tempat perhiasan seperti meletakkan penyembur haruman kereta, patung hiasan dan bagi kaum lelaki gemar pamerkan topi pasukan bola sepak kegemaran mereka.

Tanpa disedari, tabiat ini sebenarnya mendatangkan bahaya kerana jika berlaku hentakan seperti terlanggar lubang, barang-barang itu pasti akan jatuh dan konsentrasi anda turut terganggu.

Ini kerana selain cemas ketika berdepan kemalangan, perhatian anda pasti akan tertumpu kepada barang yang jatuh ke lantai.

3. Menggantung barang di cermin pandang belakang

Selain dashboard, cermin pandang belakang turut menjadi mangsa 'kreativiti' anda yang gemar menggantung aksesori seperti rantai, tasbih malah tali fon telinga.

Jika ada berbuat demikian, demi keselamatan anda dan penumpang lain, boleh mula turunkan semua aksesori pada cermin pandang belakang anda.

4. Tinggal barang dalam kereta

Ada di antara kita gemar meninggalkan barang seperti kasut, beg, pemetik api, power bank, minyak wangi dalam kereta.

Keadaan ini juga berbahaya selain dapat mengganggu konsentrasi terutamanya apabila anda cuba capai barang yang tercicir ia boleh menyebabkan kemalangan.

Malah barang seperti power bank dan pemetik api mudah meletup terutamanya jika cuaca panas.

5. Buzzer tali pinggang keledar

Kebanyakan kereta keluaran terbaharu akan dilengkapi dengan bunyi amaran sekiranya pemandu atau penumpang tidak memakai tali pinggang keledar.

Namun malangnya, kini terdapat alat dipanggil seatbelt buzzer yang dipasang di bahagian penyambung tali pinggang keledar bagi menghentikan bunyi amaran itu.

Amalan ini harus dihentikan kerana umum sedia maklum akibat tidak memakai tali pinggang keledar sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Kereta , Aksesori , Memandu , Jalan Raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain