Cemburu tak bertempat... Adakah anda seorang narsistik?

Cemburu buta bukan sahaja tidak bagus dalam sesuatu hubungan malah kepada diri sendiri.

ADAT bercinta, ramai berkata cemburu itu tanda sayang, selain ia proses mengenali lebih dekat pasangan kita.

Tapi kalau cemburu tidak kena tempat sampai berbual di telefon dengan ibu sendiri pun tak boleh... Awas! Pasangan anda mungkin seorang narsistik.

Apa itu narsistik? Ia adalah sejenis gangguan personaliti yang menganggap dirinya jauh lebih penting berbanding orang lain selain 'dahaga' pujian dan penghargaan daripada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak berkepit 24 jam, ‘clingy’ tanda si dia obses dengan anda!

Akan tetapi, individu yang mempunyai masalah ini sebenarnya tiada keyakinan diri dan mudah sentap jika ada yang mengkritik mereka.

Gangguan ini dapat mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan jika tidak ditangani dengan baik.

Individu yang mempunyai masalah narsistik sentiasa berwaspada dengan 'ancaman' dalam hubungan mereka. - Gambar Sekadar Hiasan

Dalam sesuatu hubungan cinta, agak sukar untuk mengetahui sama ada pasangan anda mempunyai masalah ini namun anda boleh mengesannya daripada awal - cemburu buta adalah tandanya!

Kajian diterbitkan menerusi Journal of Psychology memberitahu, perasaan cemburu berlebihan boleh dikaitkan dengan narsistik dengan mengkaji tingkah laku seseorang.

Sikap sombong, merendah-rendahkan pasangan serta ego adalah antara ciri individu dengan masalah narsistik.

Namun paling bahaya jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti sering cemas dan senang terpengaruh dengan apa yang didengar daripada orang lain.

Perkara itu dapat memberi kesan besar kepada hubungan cinta anda dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah serius lain.

Cemburu boleh menggangu pelbagai aspek dalam kehidupan. 

Penyelidik membuat kajian terhadap 473 pasangan untuk menilai keperibadian mereka, perilaku terhadap pasangan dan tahap cemburu.

Hasil kajian itu menunjukkan narsisme terkait rapat dengan masalah psikologi tetapi dalam cara berbeza.

Kajian sebelumnya juga menunjukkan individu yang mempunyai masalah narsistik sentiasa berwaspada dengan 'ancaman' dalam hubungan mereka.

Gangguan ini membuatkan mereka mudah berasa cemburu dan melakukan hal-hal yang diluar kawalan.

Bagaimanapun bukan semua cemburu itu adalah narsistik, tetapi ia boleh menjadi faktor yang harus diawasi.

Cinta, Hubungan, Narsistik, Cemburu

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain