suria

Nak berkepit 24 jam, ‘clingy’ tanda si dia obses dengan anda!

Si dia yang gemar 'berkepit' dengan anda berkemungkinan obses dengan diri anda.

KALAU sudah namanya cinta, jangan tanya mengapa ada yang sanggup meredah tujuh lautan untuk bertemu bagi membuktikan rasa sayang kepada si dia.

Tapi awas kalau dapat kekasih yang terlalu ingin menunjukkan rasa cinta sehingga sanggup melakukan perkara luar biasa kerana ia tanda-tanda si dia obses dengan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa si dia muncul semula? Cuba rujuk tafsiran tu... agak-agak yang mana satu tepat

Biasanya kekasih yang obses ini sangat bahaya, silap-silap rasa sayang itu boleh bertukar menjadi benci dan dendam. 

Berikut adalah beberapa tanda untuk mengetahui sama ada si dia cinta atau obses dengan anda.

1. Nak berkepit 24 jam!

Jika anda mula berasa rimas si dia asyik ingin berkepit atau perlu menghubunginya setiap lima minit, ia petanda kekasih anda ada ciri-ciri obses.

Kelakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana anda masih seorang individu yang perlu mempunyai masa sendiri dan ruang privasi.

2. Mengganggu emosi atau bertindak ganas

Anda patut mempertimbangkan kembali untuk meneruskan hubungan sekiranya si dia mula memanipulasi emosi anda untuk kepentingan perasaannya.

Jika sehingga tahap mengancam dirinya atau anda, adalah lebih baik beri kata dua kerana dalam hubungan sihat, tiada pasangan yang patut 'didera' secara emosi.

Ada segelintir yang gemar memeriksa telefon kekasih mereka.

3. Spy

Hubungan adalah tentang kepercayaan tetapi ada yang ragu-ragu dengan keikhlasan pasangan mereka sehingga sanggup 'meneropong' setiap gerak-geri anda.

Ini termasuk memasang pengesan lokasi di telefon anda, memeriksa media sosial termasuk mempunyai kata laluan. Jika ini berlaku, sila angkat kaki. Anda yang merana nanti!

4. Terlalu bergantung

Tujuan berpasangan dan hidup bersama sebagai suami-isteri adalah tentang kebergantungan tetapi kalau baru bercinta sampai nak makan pun kena si dia masakkan, itu namanya mengada-ada.

Wanita atau lelaki yang terlalu bergantung kepada pasangan mereka ini sebenarnya tidak baik kerana lama-kelamaan ia akan mendatangkan masalah.

5. Cemburu tak kena tempat!

Cemburu itu perkara biasa, nak pula kalau tengah hangat bercinta. Tetapi kalau si dia menyapa pakcik penjual kuih pun nak cemburu, itu dah jadi lain.

Itu belum lagi kalau nak melepak dengan kawan pun tak boleh, keluar rumah pun tak boleh... Itu namanya perlu diucapkan selamat tinggal.

Hubungan, Pasangan, Cinta, Cemburu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain