suria

Kaki movie sila ambil perhatian! Netflix naik harga bermula bulan ini

Netflix bakal membuat penyelarasan kenaikan harga tiga daripada empat pakej langganan yang ditawarkan bermula 9 Januari ini.

PERKHIDMATAN penstriman video terkenal Netflix bakal membuat penyelarasan kenaikan harga tiga daripada empat pakej langganan yang ditawarkan bermula 9 Januari ini.

Bagi pelan Basic bakal mengalami kenaikan RM2 dari RM33 sebelum ini, manakala pelan Standard dari RM42 ke RM45 serta Premium dari RM51 ke RM55.

Bagaimanapun pelan Mobile tidak berubah, kekal pada harga RM17 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapisan dalam Netflix? Ahli Parlimen bangkitkan isu kandungan LGBT, adegan seks

Menurut Ketua Komunikasi bagi Asia Tenggara Netflix, Leigh Wong, semakan harga itu bukan hanya untuk mematuhi pelaksanaan cukai digital oleh kerajaan pada kadar enam peratus malah membolehkan Netflix menambah baik kandungan serta pengalaman pengguna.

Harga pelan Netflix Mobile tidak berubah. 

“Ini adalah kali pertama kami menaikkan harga sejak ia dilancarkan pada Januari 2016,” katanya.

Beliau berkata pelanggan Netflix sedia ada akan dimaklumkan mengenai kenaikan mulai 9 Januari ini.

Pelanggan sedia ada akan menerima makluman dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan mengenai perubahan harga.

Selain Netflix, syarikat lain yang turut mengumumkan cukai enam peratus termasuk Google Malaysia bagi perkhidmatan G Suite, Sony untuk Playstation Store serta Facebook atas iklannya.

Kerajaan mengumumkan mengenakan cukai digital pada kadar enam peratus ke atas penyedia perkhidmatan asing semasa pembentangan Belanjawan 2019.

Netflix, Cukai Digital

Artikel Lain