suria

Teknik mandi ais selepas bersenam ada impak buruk berbanding kebaikan

Teknik mandi ais selepas bersenam ada impak buruk berbanding kebaikan.

PEMAIN tenis, Andy Murray dan pelari Jessica Ennis-Hill antara atlet terkenal yang mengamalkan mandi ais selepas bersenam bagi membantu mempercepat pemulihan anggota tubuh dan otot.

Idea di sebalik mandi ais adalah untuk mengurangkan suhu badan, aliran darah, bengkak dan mengurangkan keradangan dalam tisu otot.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kesihatan mental! Ini 5 senaman wajib cuba untuk atasi kemurungan

Bagaimanapun kajian terbaharu mendapati kaedah tersebut sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan dalam proses pemulihan tubuh dan otot atlet.

Sebaliknya, mandi ais mampu mengurangkan sumber protein dalam otot menurut kajian dibuat oleh The Journal of Physiology.


Teknik mandi ais kebiasaannya dilakukan oleh atlet selepas latihan. 

Pengkaji mengukur pengurangan itu menggunakan pengesan istotop dan biopsi otot terhadap sekumpulan atlet yang melakukan latihan rintangan menggunakan kedua-dua belah kaki selama dua minggu atau tujuh sesi latihan.

Setiap kali selesai latihan, mereka akan merendam sebelah kaki dalam air dengan suhu lapan darjah celcius dan mendapati berlaku penurunan jumlah penjanaan protein pada kaki.

Pengkajinya, Cash Fuchs berkata, sekiranya seseorang atlet itu mahu membaiki atau membina otot, mereka patut mula mempertimbangkan semula kaedah mandi ais.

Mandi Ais, Atlet, Kajian

Artikel Lain