Suka main telefon sebelum tidur? Jaga-jaga ia boleh buat anda kemurungan - I-suke | mStar

Suka main telefon sebelum tidur? Jaga-jaga ia boleh buat anda kemurungan

Ramai tidak dapat meninggalkan tabiat bermain telefon sebelum tidur.

CELIK jer mata sampailah sebelum tidur, sudah menjadi tabiat untuk kita memegang telefon sama ada menghantar mesej atau menonton program kegemaran di YouTube.

Hendak pula sebelum tidur boleh dikatakan masa terbaik untuk bermain telefon sampai tidak sedar rupa-rupanya kita sudah menatap skrin telefon berjam-jam lamanya!

Kajian mendapati amalan itu sebenarnya boleh membahayakan kesihatan terutamanya bahagian mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu banteras buli siber, Twitter bakal perkenal sekatan balas twit

Ini kerana cahaya biru yang dipancarkan dari telefon anda sebenarnya sangat 'tajam' pada waktu malam, ditambah anda berada di dalam bilik yang gelap.

Cahaya itu bukan sahaja boleh merosakkan penglihatan anda tetapi juga produktiviti hormon melatonin yang bertanggungjawab untuk membolehkan anda tidur termasuk lima perkara ini;

Melihat ke arah telefon terlalu lama boleh menyebabkan retina mata rosak.

1. Merosakkan retina mata

Cahaya daripada telefon memiliki gelombang pendek yang mempengaruhi penglihatan sekaligus merosakkan retina mata dalam tempoh jangka panjang.

2. Meningkatkan risiko kemurungan!

Menatap skrin telefon pada waktu malam bukan sahaja merosakkan mata tetapi juga kesihatan mental termasuk risiko masalah kemurungan.

Selain itu, tahap kecergasan kita juga akan menjadi lebih rendah pada waktu siang ditambah lemah berfikir kerana kurang tidur yang menyebabkan lemah emosi dan mental.

Tabiat ini juga boleh menyebabkan masalah kemurungan. 

3. Tingkatkan risiko kanser

Persatuan Kesihatan Dunia menyatakan, telefon dapat menjadi penyebab kanser kerana terdedah kepada radiasi elektromagnetik yang telah dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti payudara dan prostat.

4. Mempengaruhi otak

Bertentangan dengan nama jolokannya 'telefon pintar', pendedahan berlebihan terhadap gajet boleh mempengaruhi otak manusia.

Ini kerana penggunaan telefon sebelum tidur bukan sahaja mengganggu waktu tidur tetapi otak juga tidak mampu memperbaiki dan berehat selepas seharian bekerja.

5. Mata jadi tegang

Melihat cahaya biru dari gajet dalam gelap akan mengakibatkan mata menjadi tegang dan sakit. Jika ia berlarutan, ia boleh merosakkan mata secara kekal.

Mata , Telefon Pintar , Kemurungan , Retina

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M