suria

Mahu banteras buli siber, Twitter bakal perkenal sekatan balas twit

Bagi membanteras masalah buli siber, Twitter bakal memperkenalkan ciri bagi menyekat komen.

PANDANGN negatif di ruang komen laman sosial sudah menjadi satu kebiasaan malah lebih buruk lagi ada segelintir yang menggunakan medium itu untuk melakukan buli siber.

Menyedari akan hal tersebut, Twitter bakal memperkenalkan ciri terbaharu bagi mengawal penggunanya membalas twit yang dimuat naik seseorang.

Perancangan itu dibentangkan oleh Pengarah Pengurusan Produk Twitter, Suzzane Xie ketika menghadiri sidang Consumer Electronic Show 2020 di Las Vegas, Amerika baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp ucap selamat tinggal kepada telefon pintar ‘lama’

Ciri terbaharu itu nanti akan muncul ketika seseorang ingin menulis twit dan sebelum menekan butang hantar, sebuah menu akan muncul bagi menentukan siapa yang boleh berinteraksi dan menulis komen pada ciapan tersebut.

Twitter bakal memperkenalkan ciri terbaharu tidak lama lagi. 

Menu tersebut yang dikenali sebagai Coversation Participants akan muncul pada kotak Compose. Di situlah pengguna boleh memilih siapa sahaja untuk membalas twit yang ditulis.

Terdapat empat pilihan bakal diperkenalkan iaitu Global (semua boleh membalas), Group (hanya orang yang diikuti dan disebut dalam twit), Panel (hanya orang yang disebut dalam twit) dan Statement (tidak membenarkan sesiapa pun membalas).

Ciri terbaharu itu akan mula diuji pada pertengahan pertama tahun ini bagi mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi dalam usaha membanteras buli siber.

Twitter, Siber Buli, Twit, Ciapan

Artikel Lain