suria

Talam berkarat? Jangan susah hati, syiling 20 sen boleh selesaikan masalah anda

Perbezaan talam sebelum dan selepas di sental menggunakan syiling.

BEBERAPA bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bagi golongan mak-mak pastinya sudah merancang untuk membuat pelbagai jenis biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.

Nampaknya sudah boleh selongkar stor untuk keluarkan ketuhar, mangkuk adunan dan talam untuk membakar biskut sebagai persediaan.

Bukan apa, setahun barang-barang itu terperap dalam stor pasti ia berhabuk dan entah-entah talam pun sudah berkarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hobi kumpul pinggan mangkuk tak sia-sia... Kalau jual boleh cecah RM40,000!

Jangan bimbang ibu-ibu, talam yang kotor dan berkarat itu masih boleh diselamatkan dan akan nampak seperti baharu!

Dengan hanya menyental syiling pada talam boleh menyelesaikan masalah anda.

Rahsianya untuk mengilatkan kembali talam anda seperti baharu ada pada syiling 20 sen!

Petua itu dikongsi oleh seorang wanita di United Kingdom yang geram dengan kotoran degil melekat pada talamnya dan tidak sampai hati untuk membuangnya kerana harganya yang mahal.

"Cubaan saya menyental talam menggunakan syiling 20 sen membuahkan hasil. Jangan buang talam anda!

"Caranya cukup mudah, sental talam anda dengan syiling itu dan basuh seperti biasa menggunakan sabun pencuci pinggan," katanya.

Wanita itu memberitahu cara itu dapat menanggalkan kesan terbakar dan karat selepas bertahun-tahun digunakan.

Talam, Hari Raya, Petua, Syiling

Artikel Lain