suria

Selalu ‘brisk walk’ tapi seinci pun tak kurang! Rupanya selama ini salah teknik... Ini cara betul berjalan sambil bakar lemak

Brisk walk yang betul dapat membantu menurunkan berat badan.

BRISK walk atau berjalan laju sering dijadikan sebagai permulaan kepada gaya hidup sihat.

Tapi menurut jurulatih kesihatan, Coach Jess, kesannya mungkin lambat atau tidak begitu ketara jika hanya sekadar berjalan tanpa teknik yang betul.

Berikut adalah lima cara untuk upgraderutin brisk walk anda agar lebih efektif dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat:

1. Konsisten 30 hingga 45 Minit setiap hari

Kunci utama kepada hasil yang nyata ialah konsistensi.

Jess menasihatkan supaya lakukan brisk walk setiap hari sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit.

Tetapi kalau tidak mampu hari-hari, buatlah minimum tiga kali seminggu.

Ini penting untuk bantu tubuh mula mengalami perubahan fizikal seperti inch loss pada bahagian tertentu badan.

ILLUSTRATION - Regular exercise helps keep the liver healthy. Photo: Christin Klose/dpaBersenam dapat mengekalkan kesihatan tubuh dengan baik.

2. Pastikan pace laju sampai berpeluh

Berjalan perlahan-lahan seperti bersiar-siar di taman tidak cukup untuk membakar lemak.

MenurutJess, cuba kekalkan pace sedikit laju sehingga anda mula berpeluh dan nafas jadi sedikit laju.

Ini tanda badan mula membakar kalori dan lemak dengan lebih aktif.

3. Waktu pagi sebelum sarapan

Kalau boleh, jadikan waktu pagi sebelum sarapan sebagai masa utama untuk brisk walk.

Bersenam ketika perut kosong membantu tubuh menggunakan lemak simpanan sebagai sumber tenaga sekali gus bantu mempercepatkan pembakaran lemak.

4. Gabung dengan defisit kalori dan diet sihat

Untuk hasil yang maksimum, anda perlu gabungkan dengan pemakanan sihat serta defisit kalori (makan kurang daripada kalori yang dibakar).

Jess tekankan bahawa kombinasi senaman digabungkan pemakanan sihat dalam proses penurunan berat badan secara selamat dan berkesan.

5. Tambah inclineatau cari laluan berbukit

Jika anda menggunakan treadmill, boleh laraskan tahap incline antara empathingga tujuhdarjah.

Kalau berjalan di luar, cari taman yang mempunyai laluan berbukit untuk membakar lebih banyak kalori, malah bantu kuatkan otot kaki dan pinggul.

Artikel Lain