suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dapur kaca meletup selepas dua jam selesai masak sup ayam! Ini panduan elak kejadian sama berulang

Seorang wanita berkongsi keadaan dapur kaca di rumahnya yang pecah secara tiba-tiba.

INSIDEN dapur kaca (glass hob) pecah secara tiba-tiba selepas dua jam digunakan cukup mengejutkan.

Menurut wanita yang berkongsi kejadian itu di media sosial, ketika kejadian dia dan anak-anaknya sedang makan tengah hari di dapur.

"Terkejut sebab bunyi meletup dan serpihan tu terpelanting sampai meja makan. Dapur saya meletup selepas dua jam masak," katanya.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana ia tidak berlaku ketika dia sedang menyediakan sup ayam untuk keluarganya.

Utamakan keselamatan ketika memasak di dapur. -Gambar hiasan AI

Katanya lagi, dapur jenis kaca itu sudah digunakan selama empat tahun dan sebelum ini tiada sebarang masalah. 

Namun selepas kejadian berkenaan, dia mengambil keputusan untuk menggunakan dapur jenis permukaan keluli tahan karat (stainless steel) bagi keselamatan keluarga.

Susulan kejadian ini, berikut beberapa langkah berjaga-jaga boleh diambil bagi mengelakkan insiden sama berlaku:

1. Jangan terus lap lepas masak

Permukaan masih panas dan sangat sensitif terhadap perubahan suhu.

2. Elak guna kain basah

Jangan guna kain basah ketika permukaan masih panas kerana perbezaan suhu boleh sebabkan kaca retak atau pecah.

3. Tunggu dapur sejuk sepenuhnya

Biarkan dapur sejuk dahulu. Bila suhu dah turun, baru mula bersihkan dengan selamat.

4. Lap guna kain kering 

Gunakan kain kering untuk elak tekanan suhu mengejut yang boleh merosakkan permukaan dapur.

Artikel Lain