suria

Bulu roma dah tegak, rasa ‘hujung-hujung’ nak buang air besar... Ini petua bertahan sebelum jumpa tandas

Sakit perut secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. -Gambar hiasan AI

PASTI ramai pernah mengalami situasi di mana ketika menahan daripada membuang air besar, badan tiba-tiba terasa 'seram sejuk'.

Tangan mula rasa kebas, bulu roma pula tegak seolah-olah sedang menghadapi satu keadaan cemas.

Fenomena ini berlaku apabila najis telah sampai ke hujung rektum, tetapi tidak dapat dikeluarkan serta-merta.

Ketika itu, otak akan mengaktifkan sistem fight or flight yang menyebabkan badan memasuki mod berjaga-jaga atau terancam.

Teknik yang betul boleh melengahkan masa untuk anda membuang di tandas. -Gambar hiasan AI

Jika tandas masih jauh dan perlu bertahan seketika, beberapa langkah berikut boleh membantu mengawal keadaan:

1. Duduk tegak atau berdiri lurus untuk kawal tekanan

Elakkan posisi mencangkung kerana ia akan menekan rektum dan memudahkan najis keluar. 

2. Kemut kuat-kuat beberapa kali (kawalan sphincter)

Kontraksikan otot punggung sekuat mungkin untuk kawal pergerakan najis. 

3. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan

Tenangkan diri dan jangan panik untuk mengelakkan 'panggilan alam' lebih mendesak.

4. Alihkan perhatian otak

Nyanyi dalam hati, kira nombor atau fikirkan perkara lain untuk alihkan perhatian terhadap rasa nak buang air besar.

5. Elakkan banyak bergerak

Pergerakan agresif seperti melompat atau berjalan laju boleh merangsang rektum boleh mempercepatkan 'pengeluaran'.

6. Jalan perlahan bila sudah bersedia

Apabila rasa dah terkawal, gerak ke tandas dengan tenang dan jangan gopoh. 

Fokus pada kawalan, bukan kelajuan.

Menurut Public Health Malaysia yang berkongsi tip tersebut, anda akan berjaya sampai ke tandas tepat pada masanya dengan melakukan usaha tersebut.

Artikel Lain