PADA pagi Isnin kita dikejutkan dengan berita menyayat hati melibatkan sebuah keluarga enam beranak ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, di Jitra, Kedah.Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, semua mangsa ditemukan di bahagian belakang kiri kenderaan, dipercayai cuba menyelamatkan diri. Kenderaan jenis Proton Iswara itu terpaksa dipecahkan cerminnya dan bumbung dipotong bagi membolehkan mangsa dikeluarkan.Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.Anggota bomba ketika menjalankan tugas menarik kereta mangsa ke darat. -Foto BernamaKejadian seperti ini wajar dijadikan peringatan tentang kepentingan pengetahuan asas menyelamatkan diri dalam situasi kecemasan seperti kenderaan terjunam ke dalam air.Menurut perkongsian daripada platform automotif Carsome, berikut tiga langkah keselamatan yang boleh diambil:1. Jangan panikKereta tidak tenggelam serta-merta sekiranya terjunam ke dalam air sama ada laut atau sungai.Gunakan masa yang ada untuk bertenang serta berfikir dan bertindak dengan cepat untuk menyelamatkan diri.2. Buka tingkap, bukan pintu keretaTanggalkan tali pinggang keledar. Elak buka pintu kerana tekanan air akan mempercepatkan proses tenggelam.Sebaliknya, gunakan tingkap untuk keluar.Namun jika tingkap tidak boleh dibuka, pecahkan cermin sisi dan bukannya cermin bahagian hadapan untuk keluar.Gunakan headrest, steering lock atau tukul kecemasan untuk pecahkan cermin.3. Keluar daripada kereta secepat mungkinTarik nafas dan berenang keluar ikut arah gelembung untuk cari permukaan. Jangan tunggu air memenuhi kereta.Perkara perlu dielakkan ketika kenderaan sedang tenggelam:1. Elak guna telefon untuk buat panggilan kecemasan dahulu kerana masa amat penting ketika saat genting ini.Pasukan kecemasan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk tiba ke lokasi kejadian sekali gus meningkatkan risiko kecelakaan kepada anda.2. Jangan tunggu kereta tenggelam sepenuhnya (untuk menyamakan tekanan air di bahagian dalam dan luar kereta). Ia merupakan salah faham yang perlu dielakkan kerana ketika tekanan air di bahagian dalam dan luar kereta sama, ia mungkin sudah terlewat dan terlambat untuk menyelamatkan diri.