suria

Awas jika ada individu salah transfer duit ke akaun bank anda! Peniaga online kongsi bagaimana semua wang lesap angkara scammer

Elakkan membuat transaksi meragukan agar tidak menjadi mangsa penipuan (scam) dalam talian. -Gambar hiasan

DALAM dunia digital serba canggih ketika ini, penipuan kewangan bukan lagi perkara asing. 

Taktik scammer semakin licik, bukan sekadar mencuri duit tetapi turut menggunakan orang lain sebagai 'kambing hitam'.

Akibatnya, individu tidak bersalah pula yang menanggung akibat.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu berkongsi kisah rakannya yang menjadi mangsa scammer sehingga akaun bank miliknya dibekukan kerana dijadikan 'keldai akaun'

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pasangan suami isteri gagal bab urus kewangan…Cuba ikut formula ‘bahagi gaji’, boleh elak gaduh-gaduh!

"Kawan aku, Joyah (bukan nama sebenar) seorang penjual makanan dalam talian. Satu hari ada orang WhatsApp dia nak beli ketupat frozen. Dia (rakan) pun beri nombor akaunnya.

"Lepas seminggu macam tu, individu yang sama WhatsApp Joyah. 'Miss ada RM280 masuk tak dalam account miss? Maaf husband saya salah transfer duit dalam account miss, boleh transfer semula tak duit saya ke account husband saya?'.

"Tanpa berfikir panjang Joyah pun transfer semula duit RM280 tu dekat orang tu, sebab bukan duit dia. Joyah tanya dia, duit RM280 ni nak ditolak dengan duit ketupat tak? Orang tu cakap tak payah sebab dia nak transfer lain," kongsinya.

People looking for an unknown bank account on their phone, a notice appear warning them to beware of mule account scams.Posing pictures of people looking at Bank Account on PC or Handphone.Story on Scam.( FEB 26 2023) — ART CHEN/The Star

Banyak kes 'scam' yang menggunakan modus operandi menjadikan akaun bank orang lain sebagai keldai akaun. -Gambar hiasan

Dipendekkan cerita, rakannya menyedari bahawa akaun bank miliknya tidak boleh digunakan (block) beberapa hari kemudian.

"Dalam akaun dia maybe ada dalam dua hingga tiga bulan duit untuk komitmen bulanan, so kira banyaklah.

"Dalam keadaan dia tengah berpantang dia pergi bank, pergi balai polis, pergi bank, pergi balai polis, sangat memenatkan.

"Rupanya ada orang report account dia... kata dia punya account adalah account scammer," ceritanya.

Berdasarkan hasil siasatan, individu yang menyamar sebagai pembeli ketupat itu rupa-rupanya adalah scammer yang berniaga jam tangan dan dia memberikan butiran akaun bank milik 'Joyah' kepada pembelinya untuk dijadikan keldai akaun.

"Si pembeli jam ni buat report polis cakap dia kena scam dengan Joyah, supaya akaun bank Joyah kena block.

"Silapnya Joyah ni pergi buat transaction kepada si pembeli ketupat (scammer). Sepatutnya Joyah kena buat report polis cakap ada orang tersalah transfer RM280 ke dalam account dia.

"Akhirnya dia tak boleh buat apa-apa sebab pergi bank, bank cakap nak dapat pun kemungkinan 50-50. 

"Pengajarannya, kalau ada orang cakap tersalah transfer duit, jangan membuta tuli transfer balik dekat orang tu. Pergi buat report polis dulu untuk keselamatan," akhirinya.

Artikel Lain