suria

Disangka sampah, wanita tak sengaja bakar wang kertas RM50! - “Entah bank nak terima atau tak?”

Seorang pengguna FB berkongsi kisah dia tak sengaja membakar beberapa helai not RM50.

PERNAHKAH anda mengalami situasi yang tidak dijangka semasa membersihkan rumah? 

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa gara-gara tidak sengaja membakar duit kertas semasa membersihkan kawasan rumahnya.

"Bakar sampah-sampah di rumah, tapi tak sedar ada duit terselit yang turut terbakar sekali. Tak tahu bank nak terima atau tak kalau dah rosak macam ni," tulis individu tersebut di dalam perkongsiannya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur berderai! Wang kertas hampir RM1,000 mereput dalam tabung, rupanya salah cara menabung

Bersama perkongsiannya, dia turut memuat naik gambar memaparkan sekitar enam hingga tujuh keping not RM50 yang terbakar pada sebahagian helaian.

Situasi sebegini boleh berlaku kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi jika seseorang itu gemar menyimpan atau menyelit duit sebagai 'simpanan kecemasan' di rumah.

Dalam keadaan begini, apa yang perlu dilakukan?

Menerusi perkongsian di laman Bank Negara Malaysia (BNM), wang kertas yang rosak boleh ditukar di mana-mana cawangan bank berdekatan tetapi nilai pertukarannya bergantung kepada keadaan wang kertas tersebut.

Garis panduan yang disediakan BNM mengenai penukaran wang kertas yang rosak.

Kes wang kertas rosak yang jelas nilainya

- Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal

- Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik

- Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain

- Lazimnya pelanggan akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama

Kes wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya

- Bagi sesetengah kes wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya seperti mempunyai kesan dakwat, terbakar atau dimakan anai-anai, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.

"Mata wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian. Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian dibuat," tulisnya.

Artikel Lain