suria

Ramai pasangan suami isteri gagal bab urus kewangan…Cuba ikut formula ‘bahagi gaji’, boleh elak gaduh-gaduh!

Suami isteri wajar mempunyai perancangan, komunikasi dan disiplin dalam perbelanjaan. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah rumah tangga, pengurusan kewangan bijak memainkan peranan penting bagi memastikan kehidupan yang stabil, harmoni dan bebas tekanan. 

Kebanyakan pasangan suami isteri menghadapi cabaran dalam hal kewangan akibat kurangnya perancangan, komunikasi atau disiplin dalam perbelanjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba-cuba ‘reject’ panggilan bank, takut menyesal tak sudah! Lelaki ini kongsi pengalaman jadi muflis, gelap masa depan

Oleh itu, adalah penting untuk memahami asas pengurusan kewangan bersama bagi menjamin masa depan yang lebih teratur dan sejahtera.

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, anda boleh cuba 'Formula Bahagi Gaji' sebagaimana perkongsian seorang ejen pelaburan, @hanisahali87.

Savings concept. Asian old elderly senior couple grandparents husband and wife saving money, economizing pension, putting coin into money box, thinking over pension plan Penting untuk memahami asas pengurusan kewangan bersama bagi menjamin masa depan yang sejahtera. -Gambar hiasan

1. Suami guna formula 70:20:10

- 70 peratus daripada gaji untuk komitmen

- 20 peratus untuk simpanan

- 10 peratus untuk enjoy (melancong, hobi, jalan-jalan)

2. Isteri guna formula 50:30:20

- 50 peratus daripada gaji untuk komitmen

- 30 peratus untuk simpanan

- 20 peratus untuk enjoy (melancong, hobi, jalan-jalan)

3. Komitmen keluarga

- Suami: Barang dapur, sewa rumah, bil utiliti, bil telco, serta lain-lain komitmen yang ada menggunakan 70 peratus daripada gaji tadi.

- Isteri: Hutang Pendidikan (jika ada), alat kecantikan dan penjagaan diri, serta komitmen yang masih ada menggunakan 50 peratus daripada gaji tadi.

Paling penting, penggunaan gaji daripada kedua-duanya saling melengkapi untuk kegunaan bersama keluarga. 

Pokok pangkalnya, komunikasi dan saling berbincang. Bila ada komunikasi dengan perancangan kewangan, barulah tak gaduh-gaduh!

Artikel Lain