suria

Ini 4 cara betul cuci kereta nampak berkilat macam baru keluar kedai, cat pun tahan lama

Mencuci kereta secara berkala dapat membantu mengekalkan kebersihan dan keselesaan apabila memandu. -Gambar hiasan

SELAIN rumah atau hartanah, pelaburan yang paling mahal bagi seseorang adalah kenderaan. 

Justeru, amat penting bagi pemilik kenderaan untuk menjaga aset ini sebaik mungkin agar ia kekal dalam keadaan baik, tahan lama dan sentiasa kelihatan seperti baharu.

Tidak kira model tempatan atau luar negara, yang penting sentiasa pentingkan salah satu perkara paling asas iaitu penjagaan bahagian badan kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati nak ‘mekap’ kereta, 4 aksesori ini boleh undang bahaya... Tak boleh ‘claim’ insurans jika kemalangan!

Jom ikuti tip ini agar kereta anda sentiasa kelihatan berkilat dan macam baru keluar kedai!

1. Cuci kereta terutama lepas hujan

Ramai yang malas cuci kereta terutamanya apabila hujan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. 

Ia tidak berlaku dengan pantas, tapi air hujan tidak bagus untuk jangka masa panjang. Oleh itu, selepas hujan, rajinkan untuk cuci kereta atau sekurang-kurangnya 'tembak' air untuk bilas air hujan yang bersisa.

Cara mudah membersihkan rim dan tayar adalah dengan 'menembak' air. -Gambar hiasan

2. Wax 

Dalam tempoh beberapa bulan sekali, jangan malas untuk wax kereta anda. Sama ada mahal atau murah bukan ukurannya, asalkan wax kereta sebagai perlindungan kepada cat kereta, antaranya daripada hujan asid.

3. Bersihkan rim dan tayar

Jangan biarkan bahagian ini penuh dengan debu, lumpur atau pasir. Rim, brake dan disc brake pun perlu dibersihkan selalu ataupun dengan kekerapan dua minggu sekali. Tak susah pun, 'tembak' saja air pada rim dan tayar supaya bersih.

Terdapat kain-kain khas untuk membersihkan setiap bahagian kereta. -Gambar hiasan

4. Guna kain khas

Ramai ambil mudah bab ini dan sesuka hati guna kain buruk untuk mengelap body kereta. Tahukah anda, kain yang lama ini akan jadi keras dan memerangkap habuk pasir. Jadi, ia berpotensi meninggalkan calar-calar halus.

Berikut adalah jenis kain mengikut tujuan digunakan;

- Kain microfibre untuk body kereta.

- Kain/span untuk wax body kereta.

- Kain untuk rim atau untuk sapu bahan pengilat tayar.

- Kain bersih untuk bahagian dalam atau interior kereta.

- Kain microfire untuk cermin kereta.

Artikel Lain