suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gas tiba-tiba habis tapi makanan perlu segera dimasak? Tenang, guna saja tip mudah ini

Kaedah ini boleh menjadi 'penyelamat' dalam situasi terdesak.

BAYANGKAN anda sedang leka memasak lauk kegemaran keluarga, tiba-tiba api dapur terpadam. 

Apabila diperiksa, rupa-rupanya gas dah habis! Panik, kelam-kabut dan kadang-kadang boleh buat mood memasak pun hilang.

Masalah ini memang biasa berlaku, lebih-lebih lagi jika kita terlupa bilakah kali terakhir tong gas ditukar atau tiada silinder gantian di rumah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 cara betul cuci kereta nampak berkilat macam baru keluar kedai, cat pun tahan lama

Seorang pelayar media sosial berkongsi tip mudah tapi sangat berguna untuk menangani situasi ini dengan tenang dan praktikal. 

Cara-cara untuk membuat dapur 'sementara'.

Jom lihat apa yang boleh kita pelajari!

1) Pertama sekali, tuang minyak masak ke dalam kuali

2) Ambil beberapa helai tisu, keronyok dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak

3) Nyalakan api pada tisu 

4) Letakkan stove bracket dalam kuali 

5) Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa

6) Untuk memadamkan api setelah selesai memasak, celupkan saja keseluruhan tisu dalam minyak

Artikel Lain