MERIAH dan berseri!
Itulah ungkapan bagi menggambarkan suasana rumah terbuka Terbaek Raya mStar yang berlangsung pada Rabu.
Terbaek Raya dianjurkan bagi meraikan mereka yang selama ini tidak pernah putus memberi sokongan kepada mStar termasuklah artis, selebriti, pempengaruh, rakan niaga dan pembaca setia mStar.

Tetamu teruja menyaksikan nyanyian Aina Abdul.
Bermula pukul 4.30 petang, The Agam, Kuala Lumpur membuka gerbangnya menerima kehadiran tetamu yang kesemuanya segak dengan pakaian raya masing-masing.
Lebih istimewa, kemuncak program mStar Baek musim ketiga, kolaborasi mStar - KPJ Healthcare turut diadakan pada majlis ini, dengan enam lagi individu dipilih menerima sumbangan, terdiri daripada artis, atlet dan orang awam.

Antara barisan artis dan selebriti yang hadir memeriahkan rumah terbuka mStar
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG) Chan Seng Fatt, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan, Ketua Pegawai Operasi SMG, Lydia Wang, Ketua Pegawai Kandungan SMG, Datin Paduka Esther Ng dan Ahli Lembaga Pengarah SMG, Tan Sri Johan Jaaffar antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis ini.
Bagi memeriahkan majlis dan sebagai tanda sokongan terhadap mStar, portal hiburan dan gaya hidup nombor 1, artis-artis popular tanah air seperti Aina Abdul, Amir Masdi, Ara Johari, Datin Alyah, Imran Ajmain, Amylea Azizan turut membuat persembahan.

Percikan bunga api simbolik sambutan ulang tahun ke-20 mStar.
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuklah Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Datuk Seri Vida, Kak KM, Ifa Raziah, Ayu Damit, Johan Eskandar, Dr Ahmad Samhan, Aunty Purple dan ramai lagi.
Dianggarkan Terbaek Raya mStar menerima kehadiran lebih 500 tetamu.
Acara kemuncak Terbaek mStar diserikan dengan pertunjukan 220 das tembakan bunga api, simbolik 20 tahun perjalanan mStar yang masih mengekalkan kedudukannya sebagai portal hiburan dan gaya hidup nombor satu di Malaysia.


