suria

Individu lahir pada Februari dikatakan ‘rare’, istimewa - Kajian

Bayi yang lahir bulan Februari dikatakan istimewa.

FEBRUARI adalah bulan paling pendek dalam setahun dan mereka yang dilahirkan pada bulan ini dikatakan istimewa.

Sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu tetapi satu kajian saintifik telah dibuat berhubung perkara ini.

Menurut kajian itu, terdapat enam ciri yang ada pada 'February babies' yang menjadikan mereka ini begitu istimewa.

1. Lebih tinggi dan kuat

Kajian dari Harvard mendapati bayi yang lahir pada Februari cenderung lebih tinggi dan kuat berbanding bayi lahir bulan lain..

Mereka juga lahir lebih berat, dipercayai hasil pemakanan ibu secara berlebihan sepanjang musim sejuk.

2. Lebih bijak

Kajian yang sama juga menunjukkan bayi yang lahir dalam musim sejuk sering mendapat skor lebih tinggi dalam ujian kecerdasan maka tidak hairanlah ramai yang bijak-bijak lahir pada bulan ini!

3. Berjiwa seni

Kajian mendapati ramai artis dan individu kreatif lahir dalam bulan ini.

Sama ada dalam bidang lukisan, lakonan, muzik atau penciptaan kandungan, kreativiti mungkin sudah mengalir dalam diri mereka sejak lahir.

Diverse babies sitting on the floor

Bayi lahir bulan Februari dikatakan berjiwa seni.

4. Lebih bahagia

Walaupun lahir ketika cuaca sejuk dan mendung, bayi Februari didapati lebih tenang dan berkelakuan baik.

Malah, ramai yang lahir bulan ini mengakui mereka lebih puas dengan kehidupan dan pilihan kerjaya mereka.

5. Lebih berpeluang jadi selebriti

Kajian dalam Journal of Social Sciences mendapati individu berzodiak Aquarius (tarikh lahir hingga 19 Februari) lebih cenderung menjadi selebriti.

Tak percaya? Tengok saja Jennifer Aniston (11 Februari), Harry Styles (1 Februari) dan Chris Rock (7 Februari).

6. Hari jadi sememangnya unik

Tak ramai yang lahir dalam bulan Februari, jadi anda tak perlu berkongsi perhatian pada hari istimewa anda.

Ini bermakna sambutan hari jadi anda akan lebih eksklusif dan lebih istimewa.

Jadi, kalau lahir pada Februari anggaplah diri sebagai insan bertuah kerana anda bukan sahaja unik, tetapi ada banyak kelebihan yang menjadikan bulan tersebut luar biasa.

Sebagai seorang Muslim, kita percaya setiap bayi yang dilahirkan adalah sama dan suci umpama kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya tidak kiralah pada bulan berapa mereka dilahirkan.

Malah haram hukumnya dan berdosa besar jika orang Islam percaya kepada zodiak kerana dianggap sebagai suatu perbuatan percaya kepada ramalan atau menilik nasib dan mengundang syirik kepada Allah SWT.

Sebelum ini, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah pernah melakukan kajian selama 30 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang individu itu dipengaruhi oleh bulan kelahiran.

Menurut kajian dibuat, antara ciri-ciri am dimiliki seorang lahir pada bulan Februari adalah seperti suka kepada hiburan dan sukan, berani juga bercita-cita tinggi.

Artikel Lain