suria

Peringatan mesra untuk pemandu ‘senior’, jangan abai 5 perkara ini ketika di jalan raya

Pemandu perlu menjaga jarak untuk mengurangkan risiko pelanggaran. -Gambar hiasan

SEMASA dalam proses belajar memandu, anda akan sentiasa berwaspada dan menggunakan semua deria untuk fokus pada pemanduan.

Namun lama-kelamaan, pemanduan menjadi satu kebiasaan sehingga anda berkemungkinan sama ada secara sengaja atau tidak melakukan kesilapan yang tanpa disedari.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah seperti:

1. Gagal menjaga jarak selamat

Bagi pemandu berpengalaman, mereka kadang-kala tidak menghiraukan jarak dengan kereta depan.

Adalah penting untuk mengekalkan jarak selamat bagi membolehkan pemandu mempunyai masa untuk bertindak balas dan menekan brek dengan lancar.

Justeru pastikan anda masih dapat melihat tayar belakang kereta di hadapan untuk menentukan jarak selamat ketika memandu.

Dengan menjaga jarak, anda boleh mengurangkan risiko pelanggaran.

digital billboards along the road distract the driver's concentration while driving and can cause accidents.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Postur yang salah boleh melengahkan reaksi pemandu jika berlaku sesuatu. -Gambar hiasan

2. Postur yang salah

Duduk terlalu rapat dengan stereng boleh menyukarkan kawalan kenderaan dan meningkatkan risiko kecederaan sekiranya beg udara diaktifkan.

Namun, duduk terlalu jauh atau meletakkan siku pada tingkap kereta juga boleh melambatkan reaksi anda.

Jadi, pemandu perlu sentiasa duduk dalam keadaan yang paling selesa bagi membolehkan mereka bertindak dengan pantas sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini.

3. Tekanan tayar rendah

Memandu dengan tekanan tayar yang rendah boleh meningkatkan risiko letupan tayar serta memanjangkan jarak brek.

Periksa tekanan tayar secara berkala, terutamanya sebelum memulakan perjalanan jauh.

4. Gagal tumpu perhatian

Adalah perkara biasa untuk memperlahankan kenderaan bagi melihat kemalangan, tetapi anda tidak sepatutnya mengalihkan perhatian semasa memandu.

Sebaiknya, teruskan memandu dengan berhati-hati, kekalkan fokus pada jalan di hadapan dan perhatikan kenderaan di belakang melalui cermin pandang belakang.

5. Memandu di atas bahu jalan

Biasanya ketinggian tanah dan jalan raya adalah berbeza.

Jadi, anda tidak digalakkan memandu atau meletakkan kereta di atas bahu jalan.

Selain risiko mengalami tayar pancit, ia juga boleh menyebabkan bentuk tayar berubah dan mengganggu kawalan stereng. - Agensi.

Artikel Lain